dEFINISI tENGKOLOK

Tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok ini diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat dan diikat dengan gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis yang penuh adat istiadat, misalnya dipakai oleh kerabat diraja atau para hadirin dalam majlis istiadat diraja. Tambahan pula, tanjak ini juga digunakan oleh pengantin lelaki dalam majlis perkahwinan mereka.


sEJARAH tENGKOLOK

Tengkolok ini dicipta seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan kepada seluruh rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut yang panjang supaya kelihatan kemas apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar dengan menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman dan diolah serta diubahsuai mengikut taraf pemakainya.


TEGAK SILAT KERANA PENDEKAR,

TEGAK PENDEKAR KERANA HULUBALANG,

TEGAK HULUBALANG MEMBELA RAKYAT,

SEGAK HULUBALANG KERANA PAKAIAN